Minggu 8

 

                Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini, kami dikehendaki melakukan simulasi di dalam kelas berkaitan dengan Pengajaran Bahasa Melayu secara Dalam Talian atau Luar Talian. Pengajaran ini perlu dilaksanakan dengan menggunakan tapak pembelajaran dan juga laman web.

                Dalam merangka pengajaran, kami berdua telah berfikir tentang tajuk yang hendak diajarkan kepada murid dan juga aktiviti-aktiviti yang perlu dirangka sepanjang pengajaran dan pembelajaran kami. Kami memilih untuk menggunakan perisian Skype untuk diaplikasikan di dalam kelas dan juga tapak pembelajaran yang kami hasilkan sendiri untuk menunjukkan bahawa kami mengaplikasikan sepenuhnya pengajaran berbentuk talian.

                Kami juga ada menyediakan latihan berbentuk lembaran kerja dalam RPH kami yang memerlukan pelajar menggunakan perisian microsoft word dan juga power point. Bagi menghasilkan pengajaran yang berteraskan kepada talian yang sepenuhnya, kami pindahkan penggunaan perisian microsoft tersebut kepada google document dalam internet. Seterusnya latihan-latihan tersebut perlu diemelkan kepada kami pada akhir pengajran di dalam kelas.

                Kami menyusun-atur langkah-langkah pengajaran kami dan setelah selesai, kami membentangkan di dalam kelas di hadapan pensyarah kami. Setelah selesai, pensyarah memberikan sedikit komentar kepada kami berdasarkan rancangan pengajaran yang dihasilkan. Pada akhir kelas pensyarah mengumumkan bahawa kumpulan kami diminta untuk menjalankan simulasi di dalam kelas kerana beliau menyatakan RPH yang kami hasilkan adalah menarik dan banyak megaplikasikan talian di dalamnya.

                Jadi, kami membuat persediaan sepenuhnya sebelum menjalankan simulasi ini. kami telah memperbetulkan semula RPH tersebut berdasarkan komentar pensyarah dan cuba mengaplikasikannya di dalam kelas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan begitu lancar dan kami berjaya dalam menjalankan simulasi tersebut.