Minggu 7

 

Minggu 7

                Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ketujuh ini, kami mempelajari topik Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Pada minggu ini, kami perlu mengikuti bengkel  model pembinaan pemprosesan maklumat, mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan membina tapak pembelajaran, dan juga membina bahan pengajaran yang akan kami gunakan salam simulasi.

                Dalam model yang diperkenalkan oleh Gagne dalam buku Essential of Learning for Instruction (1975) mengemukakan teori manusia memproses maklumat. Dapatan kami ketika mempelajari teori ini, model pemprosesan maklumat terdiri daripada dua iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek, dan ingatan jangka panjang. Bagi kami, ingatan jangka panjang adalah yang apling penting kepada kami kerana ilmu yang diperoleh haruslah disimpan di dalam minda supaya dapat diaplikasikan pasa masa yang akan datang. Sebagai seorang guru perlu menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep dalam sesuatu topik pembelajaran. Isi pelajaran perlu disusun secara berperingkat  agar pelajar dapat menerima pembelajaran dengan berkesan.

                Jadi, sebagai pengujian kepada kami dalam memahami model ini, kami deminta menghasilkan satu rancangan pengajaran harian dengan mengaplikasikan model pemprosesan maklumat Gagne ini.  Kami mencuba dengan sebaik mungkin dalam mengaplikasikan model ini berdasarkan pemahaman yang kami peroleh selepas membuat pembacaan mengenai topik ini. Maklumat tambahan cuba kami kumpulan melalui laman sesawang dan mencari peta konsep yang mudah bagi kami.

                Kami memilih kelas darjah lima sebagai kumpulan sasaran. Memandangkan murid pada peringkat ini mempunyai banyak pengetahuan dan minda mereka yang agak cerdas, mereka menjadi golongan sasaran kami. Harapan kami ialah mengharapkan rancangan pengajaran harian yang kami bina ini adalah bertepatan dengan kehendak soalan dan juga pensyarah kami.