Minggu 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami dikehendaki memahami tentang mod penggunaan Teknologi Maklumat Komputer. Semasa semester satu dahulu, kami telah mempelajari serba-sedikit mengenai mod-mod pembelajaran. Jadi, kami membuat penerokaan di dalam internet berkaitan dengan tajuk ini. Pada awalnya, banyak artikel yang menerangkan dalam bahasa Inggeris. Namun tidak menjadi masalah kepada kami kerana kami percaya sumber daripada Bahasa Inggeris ini mungkin yang lebih sahih. Namun ada juga rujukan artikel bahasa Melayu yang kami lakukan. Kami cuba gabungkan maklumat-maklumat melalui artikel-artikel yang telah dirujuk untuk dimasukkan ke dalam laman web kami.

    Kami juga bersyukur kerana kerja kami lakukan dapat berjalan dengan lancar dan usaha untuk mencari maklumat tersebut dapat dilakukan dengan mudah kerana laman-laman yang dicadangkan oleh enjin pencarian sangat berguna kesemuanya kepada kami.  Kami juga memasukkan gambar rajah di dalamnya supaya nampak lebih menarik dan memudahkan kepada pembaca untuk memahami konsep mod-mod ini.