Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh |
Ayat Contoh |
agar |
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. |
apabila |
Mukanya pucat apabila disoal. |
atau |
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. |
bahawa |
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. |
dan |
Leela dan Siu Lan berjiran. |
hingga |
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. |
Jika |
Saya berpayung jika hujan. |
Jikalau |
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. |
kecuali |
Semua murid Nadir kecuali Gopal. |
kerana |
Aini menangis kerana terlalu sedih. |
lalu |
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. |
manakala |
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. |
sambil |
Zalifah bernyanyi sambil menari. |
serta |
Zahid serta abangnya menonton wayang. |
semenjak |
Saya berkawan dengannya semenjak kecil. |
sementara |
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. |
sungguhpun |
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. |
supaya |
Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai. |
walaupun |
Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. |
tetapi |
Badannya besar tetapi penakut. |